Friday 26 January 2018

Tempat menarik di Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum w.b.t.


Harini kak nara nak share tempat menarik kalau korang datang ke Bukit Tinggi, Pahang. Kak nara dah pergi tahun lepas tapi rasa tak puas lagi tau. Tempat dia nyaman giler kay. 

1) COLMAR TROPICALE



Masa ni baru 5  bulan kahwin kot rasanya. Hujung minggu tak tahu nak pergi mana maka kami pon sampai lah kat sini. Hi hi. Colmar Tropical ni kira tempat wajib bergambar kalau datang sini. Memang on point sangat bangunan belakang tu. Fefeeling obersi sikit. Hiks.

2) JAPANESE VILLAGE




Japanese Village ni antara paling famous kalau datang ke sini tau. Japanese Village yang terletak di Bukit Tinggi ini merupakan memperlihatkan koleksi tarikan bertema jepun yang disusun kemas sekitar sebuah taman hijau yang luas dengan tu Juan untuk menghidupkan suasana perkampungan jepun tradisional dahulu kala.

Perkampungan jepun ini dihias dengan kolam ikan Koi, taman bunga dan batu berlumut yang cantik. Antara tarikan mesra keluarga yang boleh dijumpai disini adalah Rumah Teh Jepun, Taman Botanikal dan Tatami Spa. Di sini juga korang boleh cuba pakai baju kimono tau tapi Kak nara dah lupa berapa kena bayar. 

3) RABBIT PARK



Haaa mesti ramai tak tahu kan kat bukit tinggi pon ade Rabbit Park tau. Kat sini ada dalam 200 ekor arnab yang sangat comel. 
Bayaran masuk cuma RM3 sahaja tau! 

Setelah puas membelai bulu arnab yang gebu, lihat pula gelagat lucu haiwan lain seperti rusa atau menunggang keldai yang jinak. Tambahan pula, anak anda boleh melakukan pelbagai aktiviti sampingan seperti kelas mengecat dan melukis.

4) HORSE TRAIL 

Di Horse Trails Bukit Tinggi, impian anda untuk menunggang kuda boleh menjadi kenyataan. Jika ini kali pertama anda menunggang kuda, anda tidak perlu risau kerana kuda-kuda disini terlatih dan jinak. Disini anda boleh melihat pelbagai jenis kuda yang berlainan baka seperti, kuda unik palamino, hingga ke baka populuar seperti Quarter Horse.
Pihak admin di Horse Trails ini mengendalikan kelas berbeza untuk setiap tahap kemahiran dan mereka juga mengadakan kem menunggang sehari untuk mereka yang berminat. Menambah kepada keajaiban pengalaman ini, anda boleh memilih  untuk merentasi laluan hutan tropika hijau sambil menunggang kuda.

5) TEMPAT PENGINAPAN


Hotel yang menjadi pilihan utama pelancong yang mencari pengalaman percutian yang lengkap di Bukit Tinggi adalah Hotel Colmar Tropicale. Hotel 4 bintang bertema ala perancis ini bakal menjanjikan keselesaan dan pengalaman menginap yang unik.
Selain itu, korang juga boleh pilih untuk duduk di Nora's Lodge Bukit Tinggi yang menawarkan penginapan yang lebih murah. 

Sebenarnya, dalam sehari pon dah cukup kalau korang nak datang sini jalan-jalan. Macam kak nara sendiri jam 10 pagi dah sampai then jalan-jalan kawasan sekitar. Cuma, kalau nak spend time tempat yang nyaman boleh lah tidur satu malam disini. 
Nampak tak muka shining Kak nara? Tu semua kerana kak nara konsisten ambil ESP dan Sustained Release Vitamin C by Shaklee tau. Boleh tengok gambar bawak ni. 

Sekian dulu post Kak nara kali ni. Hingga bertemu lagi gaisss! 

No comments:

Post a Comment

KEBAIKAN ESP 😍

Assalamualaikum w.b.t.  Dah lama kak nara tak update blog kan? ade yang rindu ke? hehe. Oh, post harini kak nara nak cerita mengenai ES...